• HOME
  • Friday, June 26, 2009

    Hantaran kahwin biar sederhana

    PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik saranan supaya semua Jabatan Agama Islam Negeri mengeluarkan garis panduan berhubung jumlah hantaran perkahwinan bagi mengelak ia terlalu tinggi.

    Langkah itu juga bertujuan mengelak perkara berkaitan wang hantaran yang sebenarnya cuma hadiah pengantin lelaki untuk perempuan mencetuskan unsur riak, takbur atau perasaan menunjuk-nunjuk.

    CAP memandang berat perkara ini atas dasar keprihatinan dan kepekaan bahawa hantaran perkahwinan melampau ini sebenarnya satu bentuk budaya bermegah, membazir yang tidak dituntut oleh agama.

    Hantaran perkahwinan yang tinggi ini juga turut menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu lebih gemar kepada budaya pembaziran dan suka bermegah sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan khususnya membabitkan soal pendidikan.

    Perkahwinan itu sememangnya sesuatu yang baik, malah kita seharusnya turut berdoa agar pasangan yang mendirikan masjid ini berkekalan jodohnya sehingga ke akhir hayat, tetapi pada waktu sama kita melihat bagaimana masyarakat kini lebih mengutamakan hantaran daripada mahar, lebih-lebih lagi hantaran yang terlalu tinggi maka perkara ini perlu dihentikan segera.

    Hantaran perkahwinan yang tinggi juga boleh menyebabkan pihak lelaki turut terjebak dalam masalah hutang dan lebih membebankan mereka apabila sudah mempunyai anak kecil yang perlu disara.

    Terperangkap dalam hutang dan tidak mampu untuk keluar daripadanya adalah antara trauma yang paling besar dalam hidup, ia boleh menyebabkan kita dibebani keresahan serta keluarga porak-peranda.

    Satu sebab orang sering terperangkap dalam jerat hutang ialah kerana mereka berasakan perlu mengikut arus ‘tuntutan gaya hidup masa kini’, walaupun sebenarnya tidak mampu.

    CAP menyedari betapa ramainya daripada kita yang kurang bijak dalam menguruskan soal kewangan serta menjadi bingung apabila berhadapan masalah kewangan kerana kurang arif mengenai cara menguruskannya.

    Sikap sederhana adalah yang terbaik dalam semua perkara dan CAP mengharapkan semua pihak dapat mengamalkan sikap dan budaya ini. Gaya hidup melebihi kemampuan perlulah dielakkan.

    Gaya hidup sederhana dan berjimat cermat perlu ditanam dalam kehidupan seharian dan gaya hidup yang mementingkan kemewahan, pembaziran serta pemborosan perlu dielakkan sama sekali.

    S M MOHAMED IDRIS,
    Presiden,
    Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

    Berita Harian Selasa 08/05/2007

    Wednesday, June 24, 2009

    karam -ZABARJAD-

    SALAM...ALL BLOGGER...AND ALL FLOWER....lame giler dah tak update blog..sibuk skit la semenjak 2 menjak ni..walaupun aku keja tiap masa ngan internet tapi still now time to post any entri in my blog..ahakz....so semalam aku ade aply mardi nyer job. nak dijadikan cite dulu pun aku penah submit resume kat mardi ni..online la katekan tapi suwel nyer aku lupe la plak ngan no pin untuk login..adui..so aku cuba dapatkan no pin baru and secara tiba2 webmaster tu hantar kat email x-tunang aku dulu...ahh...outomatik nostalgia lalu kembali datang..bukan jiwang tapi aku just seorang yg sukar melupekan dan hampir berjaya melupakan all my bed memory..at last it come back to me when i see the suck email of she...than terasa diri ni halus and KARAM....terus aku post satu lagu dari my favorite band ZARBAJAD [ rock kapak] iaitu karam...hope u all enjoy this song..adios... :P


    Thursday, June 11, 2009

    10 PERKARA MEMATIKAN HATI

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

    Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
    Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
    bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
    memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
    Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
    sepuluh perkara:

    1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
    2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
    tinggalkan sunnahnya.
    3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
    4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
    syukurnya.
    5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
    menentangnya.
    6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
    beramal untuknya.
    7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
    lari daripadanya.
    8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
    bersedia baginya.
    9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
    lupa keaiban kamu sendiri.
    10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
    jadikan pelajaran bagi mereka.